AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 18, 2010

Najib 'Berkira- Kira' Mahu Tunai Janji PRK Sibu


Perdana Menteri Najib Razak dilihat 'berkira- kira' untuk meluluskan peruntukan untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu bernilai RM5 juta ringgit.

Peruntukan itu ditawar beliau pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Najib dirujuk sebagai berkata beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut, sekiranya pengundi Sibu menyokong calon UMNO Barisan Nasional, Robert Lau Jr.

"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," ujar Najib.

Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.

Najib juga enggan mengulas sama ada ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan salah satu faktor kekalahan BN.

Katanya, beliau "tidak mahu membuat spekulasi” berhubung mengenai perkara itu.

Penganalisis politik, antara lainnya menyebut, pengundi daripada masyarakat Cina di situ tidak menggemari corak pentadbiran Abdul Taib.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009