Krisis dalaman BN semakin meruncing apabila anggota Jawatankuasa Pusat MIC, S. Vell Paari dan Ketua Pemuda parti itu, T. Mohan enggan memohon maaf setelah menuduh Umno mendalangi pemberontakan dalaman MIC.
Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam berkata beliau tidak terkejut dengan perkembangan ini kerana Barisan Nasional tidak mengamalkan dasar terbuka sepertimana yang diamalkan Pakatan Rakyat.
Vell Paari dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau tidak kisah dilabel sebagai seorang yang biadap apabila mendakwa wujudnya pihak tertentu dalam UMNO yang menjadi dalang dalam krisis MIC.
“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati orang bukan Melayu, dalam hal ini yang membabitkan ahli-ahli MIC dan masyarakat India, untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” ujar Vell Paari.
Walaupun dikecam hebat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Hussien, Vell Paari bertegas bahawa kenyataan beliau dan Mohan mewakili suara ramai dalam MIC.
" Ya lah, kalau dia ada apa-apa tohmahan atau apa-apa, kalau ada bukti dia mesti tunjukkanlah" selar Mike.
" Sekarang Selcat minta saya buktikan, jadi saya jawab baiklah, saya akan tunjukkan bukti. Sekarang Timbalan Perdana Menteri mencabar, dan sekarang Hishamuddin mencabar, jadi tunjukkanlah bukti kalau ada kalau betul" tambahnya lagi.
Ujar Manikavasagam lagi, masalah dalaman MIC mungkin hanya akan selesai bila presidennya yang telah menerajui parti itu selama lebih 30 tahun melepaskan jawatannya.
Tambah beliau, tindakan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu melantik anaknya sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) juga dilihat sebagai punca tidak puas hati sesetengah pihak dalam UMNO kepada samy dan Vell Paari.
" Sebab itu kita ulangi bahawa Samy Vellu supaya meletakkan jawatan, tetapi setelah dia mengatakan dia mahu meletakkan jawatan, dia masukkan anaknya pula ke dalam CWC. Anak dia patut bertanding, bukan dilantik atau dimasukkan. Ini ada kepentingan, sebab itu ramai yang marah" tambahnya lagi.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment