AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 20, 2010

Mahkamah Rayuan Dengar Rayuan Anwar Esok Dapatkan Salinan Bukti, Senarai Saksi


SHAH ALAM 20 Mei - Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan peguambela Karpal Singh esok berhubung permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan salinan bukti dan senarai saksi berkaitan konpirasi II liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu Anwar.

Karpal memohon kesemua dokumen dibekalkan kepada pihak pembelaan termasuk kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara jenayah yang telah diberikan oleh saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pihak polis semasa penyiasatan.

Sebelum ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Karpal berhujah agar dibekalkan dengan sesalinan bukti-bukti dan senarai saksi yang pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam permohonan dokumen tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menolak permohonan peguambela itu untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan dengan alasan tiada keperluan istimewa dan keputusan yang dibuat sewaktu prosiding tidak boleh dirayu.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009