Ketua Dewan Pakatan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, pengedaran risalah oleh 200 anggota pemuda pembangkang mengedarkan risalah tersebut di tempat-tempat awam seperti pasar raya, stesen bas dan premis jualan judi.
Menurut Suhaimi, memorandum tersebut diserahkan melalui seorang setiausahanya di Kuantan hari ini.
Sementara itu pihak Pemuda PAS Perlis hari ini turut memulakan pengedaran risalahnya di pusat perjudian di bandar Kangar.
Ketuanya Yaacob Abu Osman berkata, disebabkan tenaga kerja mereka tidak ramai, maka pihaknya hanya mengedarkan risalah menasihati masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti perjudian.
Sementara itu, di Pulau Pinang, aktiviti itu - sebagian daripada kempen pembangkang sebelum perhimpunan besar pada 3 Julai ini - masih belum dimulakan.
Turut edar di negeri tiada premis judi
Ketuanya Yusni Mat Piah berkata, program itu dijangka dimulakan pada minggu depan kerana pihaknya sekarang sedang sibuk dengan persiapan bagi menganjurkan perhimpunan bantahan di peringkat negeri itu selepas solat Jumaat esok.
Pemuda PAS Johor pula akan mengedar risalah di premis perjudian Batu Pahat pada 30 Mei nanti, kata Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Bagaimanapun, di Terengganu dan Kelantan yang tidak mempunyai premis judi turut mengedar risalah di beberapa kawasan awam seperti pasar tani dan masjid.
Negeri-negeri lain masih belum memulakan kempen masing-masing walaupun telah seminggu diarahkan oleh ketua Pemudanya Nasrudin Hassan.
Esok, perhimpunan membantah kelulusan lesen judi oleh kerajaan akan dianjurkan di lima negeri - Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.
Perhimpunan terbesar dijangka berlangsung di sebuah masjid di kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein di Bachok.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment