AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, May 10, 2010

Koperal Tembak Mati Aminulrasyid Didakwa


SHAH ALAM 10 Mei - Seorang anggota polis hari ini didakwa di mahkamah berhubung kematian Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu.

Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian dengan cuai mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman 20 tahun penjara.

Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.

Hakim M Gunalan menetapkan tarikh sebutan kes pada 10 Jun depan dan membenarkan Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Dalam kejadian tersebut, Aminulrasyid mati manakala rakannya Azzamuddin Omar,15, berjaya melarikan diri selepas kereta yang dinaiki ditembak bertubi-tubi polis dan kemudiannya terbabas lalu merempuh dinding.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009