AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, May 19, 2010

Kongres PKR 28 Mei, Persiapan PRU 13 Dibahas


DAMANSARA 19 MEI: Seramai 2,000 perwakilan dan 200 pemerhati dijangka hadir pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertema Harapan Baru Selamatkan Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan pada 28 Mei ini.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah berkata, kongres ini sepatutnya dijalankan tahun lalu tetapi ditangguh bagi memberi laluan kepada konvenysen khas parti pada tahun lalu.

Bercakap pada sidang media tengah hari ini, beliau berkata, kongres ini bermula dengan perasmian kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita yang dijadual disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali.

"Perbahasan pada tahun ini dijangka berkisar mengenai kejayaan pentadbiran kerajaan selangor, hubungan PKR dalam Pakatan Rakyat dan persiapan jentera pilihan raya umum ke-13," katanya lagi.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009