AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 6, 2010

Khalid Minta TNB Jangan Bebankan Pengguna


SHAH ALAM 6 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Tenaga Nasional Berhad lebih bertanggungjawab dengan tidak menyusahkan pengguna dan bersikap lebih peka terhadap keperluan asas mereka.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan TNB menggunakan sistem bacaan kadar penggunaan elektrik dua bulan sekali sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di Ipoh, Perak.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco semalam, Khalid membidas tindakan syarikat utiliti itu sambil menyarankan agar TNB menggunapakai sistem bacaan kadar penggunaan tenaga elektrik yang sistematik secara bulanan.

"TNB sekarang adalah sebuah syarikat swasta walaupun di bawah GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang sahamnya diurusniaga di pasaran saham Kuala Lumpur.

"Sepatutnya syarikat ini lebih peka kepada pengguna. TNB tidak boleh menggandakan kadar bil sebegitu.

"Saya mencadangkan supaya TNB lebih sensitif kepada pengguna dengan memberikan bil secara bulanan kepada mereka. Harga berganda tidak akan memberi keselesaan terutamanya bila TNB mengamalkan dasar monopoli," kata Menteri Besar lagi.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009