AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab, AMK Gesa Najib Pecat Musa Hassan


SHAH ALAM 1 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri memandang serius kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.

Dalam kenyataan beliau yang dilaporkan oleh beberapa media internet dipetik sebagai berkata jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen.

Menurut Shamsul, kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

"Persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar
penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat Polis DiRaja Malaysia.

"Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), Norizan Salleh (tersalah tembak),dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.

"Apa yang lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku dibawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara dan kenyataan tersebut jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya," jelas Shamsul lagi dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh AMK.

Dalam pada itu, AMK juga katanya percaya sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan "rakyat didahulukan", maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009