AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 18, 2010

Dakwaan tinggalkan PKR fitnah - Gobalakrishnan

PADANG SERAI, 18 Mei: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (gambar) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, selama 10 tahun berjuang sebagai reformis dalam PKR, beliau akan tetap bersama dengan parti itu walau dalam apa jua kondisi dan situasi.

"Saya akan terus berjuang dan memperjuangkan nasib rakyat yang tidak terbela. Tidak ada perkataan meninggalkan PKR dalam kamus hidup saya dan tidak juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Padang Serai sebagai dakwaan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan saya akan meninggalkan PKR juga adalah satu fitnah yang sengaja mereka lemparkan dan direka cipta bagi menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang mengatakan beliau akan meninggalkan PKR setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang baru-baru ini dalam satu kes yang berlaku pada Januari 2002 apabila dituduh menghalang tugas polis.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009