AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 22, 2010

Saksi: Kugan dipukul oleh polis

Seorang lagi saksi pendakwaan mengesahkan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini bahawa Konstabel V Navindran telah memukul suspek kes curi kereta mewah, A Kugan, dengan hos getah.

L/Kpl Junid Harun memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat Navindran meninggikan suara dalam bahasa Tamil sebelum memukul Kugan.

Katanya beliau melihat kejadian itu sebelum beliau mengambil alih tugas di bilik soal siasat pejabat jenayah berat (D9) di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada jam 4 petang, 16 Januari 2009.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, Junid berkata tertuduh terus beredar dari situ apabila beliau menegurnya dengan menyatakan bahawa ketika itu bukan gilirannya untuk melakukan soal siasat terhadap suspek berkenaan.

Sebelum ini, pada 6 April lalu, seorang lagi saksi pendakwaan Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor turut memberitahu mahkamah perkara yang serupa di mana Kugan telah dipukul dengan hos getah berwarna hijau yang dilipat dua.

Ketika ditanya Lailawati sama ada beliau ada melihat Navindran telah membawa masuk hos getah berkenaan ke dalam bilik itu, Junid berkata beliau tidak ingat dan hanya nampak tertuduh masuk ke dalam bilik itu.

Junid berkata beliau dan empat anggota lain bertugas mengikut giliran daripada 16 hingga 20 April dalam mengawal Kugan dan tugasan soal siasat.

Sepanjang tempoh itu juga, katanya, Kugan telah dibawa keluar dari balai berkenaan ke Ipoh, Jelapang, Ipoh dan Tanjong Karang, Selangor untuk mengesan suspek lain yang disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah.

Junid saksi ke-19 memberi keterangan pada perbicaraan kes Navindran, 28, yang mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober lalu terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada Kugan, 23.

Navindran yang diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, 7 pagi, 16 Januari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan menyebabkan cedera kepada Kugan, Navindran turut mengaku tidak bersalah di tempat dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Kugan, yang ditahan 14 Januari tahun lalu, meninggal dunia enam hari kemudian semasa berada dalam tahanan polis.

Menjawab satu lagi soalan, Junid berkata Kugan tidak pernah mengadu tentang kesihatannya ataupun dipukul oleh anggota polis yang lain termasuk Navindran.

Junid juga memberitahu mahkamah beliau tidak membuat sebarang catatan pada buku rekod balai mengenai kejadian memukul tersebut ataupun memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 29 April ini untuk Junid disoal balas oleh pihak pembelaan.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009