AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 30, 2010

PRK Sibu : Polis kerahkan 2,000 anggotanya, kawasan panas mula dikenalpasti

KUALA LUMPUR : Kira-kira 2,000 anggota polis akan ditugaskan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sibu Mei depan.

Pesuruhjaya Polis negeri Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, daripada jumlah itu, fasa pertama seramai 350 anggota akan mula dihantar esok dengan selebihnya pada 3 atau 4 Mei ini.

"Esok kita akan hantar 350 anggota ke sana," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri Sarawak pagi tadi.

Menurutnya, dari segi keperluan logistik pula, sebanyak 350 kenderaan disediakan termasuk bot dan motosikal berkuasa besar.

Beliau turut memberitahu pihaknya kini sedang mengenalpasti kawasan-kawasan panas dalam kawasan Parlimen Sibu bagi tujuan pemantauan kawalan keselamatan.

"Permit ceramah akan dikeluarkan selepas penamaan calon dan selepas itu Ketua Polis Daerah Sibu akan memberi penerangan kepada wakil-wakil parti politik yang bertanding," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009