AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 5, 2010

PRK Hulu S’ngor : Masalah tanah lebih mudah diselesaikan di era Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR : Permasalahan tanah yang membelenggu penduduk di Selangor lebih mudah diselesaikan di era pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) walaupun gabungan parti itu yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP baru berusia dua tahun.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turun padang menyerahkan geran tanah kepada penduduk di Ladang SKC Bernam, Kalumpang pada 3 April lalu.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok berkata, seramai 108 orang penduduk di kawasan itu diberikan Borang Notis 5A Hak Milik Tanah bagi melayakkan mereka memperoleh geran masing-masing.

“Mereka semua merupakan bekas pekerja lombong Southen Kinta Cosolidate (SKC) Bernam yang telah menetap di sini (Ladang SKC Bernam) sekian lama.

“Justeru, Kerajaan Negeri memutuskan mereka berhak memperoleh geran tanah sendiri,” katanya kepada media selepas mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Sejantung Sabtu lalu.

Pemberian borang tersebut berlangsung di Ladang SKC Bernam ketika lawatan rasmi Menteri Besar bersama barisan Exco Kerajaan negeri.

Menurutnya, pemberian Borang Notis 5A itu merupakan petunjuk kepada penyelesaian masalah penduduk di daerah ini.

“Setelah lebih 52 tahun negeri Selangor diperintah oleh Barisan Nasional (BN), masalah dihadapi penduduk ladang tersebut gagal diselesaikan.

“Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) yang baru dua tahun memerintah negeri ini sudah menyelesaikan banyak isu berkaitan hak milik tanah.

“Inilah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam merealisasikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” tegas Khalid.

Pada pertemuan bersama penduduk Ladang SKC Bernam itu, Khalid turut mengumumkan pindaan syarat permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Menurutnya, Kerajaan Negeri memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang memohon faedah tersebut daripada syarat 10 tahun bermastautin di Selangor sebelum ini kepada hanya lima tahun sahaja sudah melayakkan mereka memohon faedah tersebut.

Pada lawatan itu, Khalid turut melaksanakan pemberian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 kepada 73 waris warga emas yang telah meninggal dunia dan berdaftar di bawah skim tersebut daripada seluruh daerah Hulu Selangor.

Turut serta di Majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu tian Khiew, Pengerusi Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan ratusan penyokong PR termasuk skuad Angkatan Muda PKR.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009