AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, April 20, 2010

Najib Gagal Bawa Masalah Palestin Kepada Obama


SHAH ALAM 20 APRl: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap mengkhianati perjuangan umat Islam di Palestin dan menunjukkan sokongan terhadap sekatan ke atas Iran semata-mata kerana mahu mencari sokongan kuasa besar Amerika Syarikat terhadap pentadbiran beliau.

Keghairahan Najib menjalinkan kerjasama dengan syarikat Zionis Israel Apco Worldwide dan mengupah syarikat yang menggunakan khidmat pakar-pakar Israel Israel untuk merombak sistem komputer polis, mencerminkan perubahan mendadak dasar luar negara di bawah pemerintahan Najib.

Najib baru-baru ini mengesahkan Malaysia berhenti menjual minyak ke Tehran dan memberi amaran bahawa negara itu bakal menghadapi sekatan antarabangsa anjuran Amerika Syarikat jika menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan ketenteraan.

Malaysia sebelum ini menerima ketetapan Iran bahawa program nuklearnya hanya bagi menjana sumber tenaga alternatif dan menolak pelbagai tindakan yang dicadangkan oleh Washington terhadap republic Islam itu.

Meskipun pernah memimpin dunia Islam menerusi Persidangan Negara-Negara Islam OIC, Malaysia di bawah Najib gagal mengutarakan masalah rakyat Palestin dalam pertemuan antara Perdana Menteri dan Presiden AS Barrack Obama.

Media-media tempatan hanya gembira menyiarkan berita dan gambar pertemuan Najib bersama Obama dan Naib Presiden Amerika, Joe Bidin.

Tindakan Najib mengumumkan bahawa Malaysia menghentikan penjualan minyak kepada Iran, sebagaimana yang dikehendaki oleh AS mengejutkan dan menyusul tindakan kerajaan Umno-BN menghentikan seorang duta kanan baru-baru ini.

Kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Datuk Mohamad Arshad Hussain tidak diperbaharui selepas Mohamad Arshad, selaku Pengerusi Lembaga Gabenor IAEA, memilih untuk berkecuali dalam undian terhadap resolusi yang menuntut Iran membekukan program penguraian uraniumnya Disember tahun lalu.

Resolusi itu ditaja oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Lebih memeranjatkan, Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diluluskan secara terburu-buru di Parlimen baru-baru ini dikatakan dilakukan di bawah tekanan Amerika supaya Malaysia menyokong embargo barangan terhadap Iran.

Penasihat Dap, Lim Kit Siang menggesa Najib supaya menjawab semua persoalan berhubung lawatannya ke Amerika Syarikat di Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, imej Malaysia dan persepsi baik yang dibina di kalangan negara islam selama ini musnah disebabkan keputusan kerajaan mengadakan hubungan dengan Israel dan sokongan terbuka terhadap Amerika bagi menyokongs sekatan terhadap Iran.

Menurut beliau, dasar tunduk dan mengikut telunjuk serta kemahuan Amerika akan menyebabkan Malaysia dipandang serong oleh Negara Islam seperti Oman, Qatar dan Jordan.

"Lebih teruk ialah kebimbangan apabila rakyat Palestin dan negara-negara Islam lain merasakan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersekongkol dan mengadakan hubungan dengan Israel yang telah membunuh ribuan umat Islam Palestin," ujarnya.

"Imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan menegakkan undnag-undang Islam akan hancur kerana hubungan dengan Israel yang bukan sahaja digunakan membina imej 1malaysia tetapi juga khidmat mereka dalam pentadbiran negara,"ujarnya.

"Hubungan dengan Apco tidak dapat disangkal lagi. Ini dibuktikan dengan dokumen dan perjanjian yang ditandatangani. Malah, kerajaan bukan sahaja menggunakan khidmat Israel dalam pentadbiran negara tetapi juga menggunakan khidmat perisikan Israel dalam sistem keselamatan negara,"ujarnya.

"Sebagai bekas pengerusi OIC juga, kerajaan patut menjaga sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Kita seharusnya memujuk Iran secara beransur-ansur sekiranya memiliki program senjata nuklear, tetapi Iran menafikan perkara ini. Nampak sangat kita cuba mengambil hati Amerika dan mengikut telunjuk mereka,"ujarnya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009