AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, April 20, 2010

Mafrel Tetap Pantau PRK Hulu Selangor Walau Dihalang SPR


KUALA LUMPUR 20 Apr - Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) tegas akan komited untuk terus berperanan memantau pilihan raya negara walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak menarik balik pengiktirafan terhadap NGO terbabit.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh berkata badan itu bertekad untuk meneruskan pemantauan terhadap sebarang pilihan raya yang sednag atau bakal diadakan agar menjadi salah satu proses demokrasi yang bebas, adil, telus dan mencerminkan kehendak mandat pilihan rakyat.

Menurutnya, Mafrel sebenarnya belum membuat permohonan kepada pihak SPR walaupun media melaporkan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz sebagai berkata bahawa pengiktirafan badan berkenaan telah ditarik semula.

"Mafrel akan tetap terus melaksanakan pemerhatian dan gerak kerjanya demi memastikan pilihan raya yang bebas lagi adil, namun badan berkenaan masih mengharapkan jawapan rasmi SPR tentang status pengiktirafannya.

Sekiranya benar pengiktirafan tidak diberikan, Mafrel berharap ianya akan ditimbangkan semula demi manfaat kepada kedua-dua belah pihak," tambah beliau lagi dalam kenyataan media berkenaan.

Menurut Syed Noh, sebagaimana yang telah dijelaskan kepada media, sekiranya laporan-laporan yang gagal disiapkan oleh Mafrel menjadi sebab pengiktirafan tidak diberikan maka

Mafrel sedia memberi komitmen menyiapkan semua laporan berkenaan sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau menambah, Mafrel seperti biasa akan melaksanakan pemerhatian terhadap beberapa proses pilihan raya iaitu hari penamaan calon, kempen, hari pengundian dan pasca pilihan raya dengan menempatkan pemerhati mewakili badan tersebut pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baru dan Sibu yang akan diadakan pada 16 Mei 2010.

"Lebih 20 sukarelawan terlatih akan ditugaskan sepanjang proses pilihan raya tersebut. Mafrel akan memberi tumpuan pemerhatian kepada usaha-usaha memberi atau menawarkan rasuah kepada pengundi-pengundi, penyalahgunaan kemudahan dan jentera kerajaan dan sumber awam serta akan berwaspada di atas kemungkinan berlakunya perbuatan-perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa kempen," tambah beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009