AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, April 30, 2010

Kertas Siasatan Kes Remaja Ditembak Ke Pendakwa Raya


SHAH ALAM 30 Apr - Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis Isnin lepas, kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden terbabit.

"Pegawai penyiasat kes ini telah hantar kertas siasatan ke DPP hari ini bagi tindakan selanjutnya, dan saya minta supaya inkuiri dijalankan dahulu untuk kita lihat sama ada terdapat justifikasi terhadap tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian itu di Jalan 11/2G di Seksyen 11 di Shah Alam.

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Musa berkata beliau dimaklumkan oleh ketua pegawai penyiasat kes itu bahawa ketika kejadian, polis mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer dengan kadar kelajuan yang tinggi.

"Kita sedih dengan kejadian ini dan minta supaya masyarakat mengikut arahan polis jika diminta untuk berhenti bagi mengelak syak wasangka.

"Kalau tidak ada lesen pun jangan takut, paling habis pun dikenakan tindakan saman. Sekali lagi saya ingatkan jangan lari sebab kalau lari akan menimbulkan kecurigaan," katanya.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009