AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, April 22, 2010

Fariz, Empat Anggota Skuad AMK Dibebaskan Hari Ini


KUALA KUBU BHARU 22 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa telah ditahan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa bersama 4 orang anggota Skuad AMK dijangka dibebaskan atas jaminan polis lewat hari ini.

Mereka di bawa kembali ke Balai Polis Bukit Sentosa setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru pagi tadi atas dakwaan menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang bersifat provokatif.

Mereka di dakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Fariz serta anggota Skuad AMK ditahan di Restoran 1Malaysia di Bukit Sentosa ketika mereka berhenti rehat kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

Mereka kemudiannya direman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dihadapakan ke mahkamah pagi tadi.

Menurut Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail membayangkan alasan penahanan tersebut berkaitan dengan tindakan AMK dan Srikandi Malaysia yang menurunkan papan iklan dan kain rentang yang dilakukan pagi semalam disekira pekan Kuala Kubu Baharu.

"Ironinya, mengapa polis tidak menahan pihak yang melakukan provokasi?

"Kami telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan membawa pegawai polis ke lokasi berkenaan.

"Bahkan kami telah memberikan nombor plat kenderaan yang membawa dan memasang papan iklan dan kain rentang yang bersifat provokasi tersebut. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan", kata Siti Aishah.

Siti Aishah menegaskan AMK dan Srikandi bertanggungjawab penuh atas tindakan tersebut.

"Namun pihak SPR dan polis juga patut dipersalahkan di atas kegagalan tindakan mereka yang menyebabkan kami terpaksa mengambil tindakan bersendirian," ujarnya.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009