AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, April 17, 2010

Fakta Dan Statistik Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Berikut adalah fakta dan statistik mengenai pilihan raya kecil Parlimen P.094 kerusi Hulu Selangor.

Calon-calon bertanding: Johan Mohd Diah (Bebas), P. Kamalanathan (Barisan Nasional), V.S. Chandran (Bebas), Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat). ,

Sebab kekosongan: Kematian Datuk Dr Haji Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac 2010.

Tarikh Penamaan Calon : 17 April 2010 (Sabtu)

Tarikh Pengundian : 25 April 2010 (Ahad)

Daftar Pemilih Induk (DPI): DPI 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac 2010.

Jumlah Pengundi: 64,500 pemilih, terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 799 pemilih pos.

Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi: Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Pusat Mengundi: Sebanyak 48 yang melibatkan 47 buah sekolah dan satu dewan orang ramai dengan 136 tempat mengundi (saluran).

Pegawai Pengurus: Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Jumlah petugas pilihan raya: 1,343 orang.

Keputusan pilihan raya umum Mac, 2008: Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177 undi, Datuk G Palanivel (BN) 22,979 undi. Dr Zainal menang majoriti 198 undi. - berita berkaitan di sini


Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009