AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, April 14, 2010

Bayaran Kepada Apco Sebenar RM77 Juta


KUALA LUMPUR 14 Apr - Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM77 juta untuk perkhidmatan Apco Worldwide dan bukannya RM28 seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

Percanggahan ini terserlah dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada soalan bertulis Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Pada hari Isnin lepas Nazri memberitahu media bayaran kepada Apco berjumlah RM28 juta tetapi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu pula berjumlah hampir RM77 juta.

"Menteri menyatakan RM28 Juta telah dibayar kepada Apco, saya 'follow up' dengan penjelasan bertulis yang ia tidak berkaitan dengan 1Malaysia cuma bayaran kepada Apco iaitu 'public affair dan public government affair services' dan satu lagi ialah 'strategic communication and public relations and press outreach program'.

"Menteri tidak beritahu kebenaran walaupun berkali-kali ditanya sehingga sekarang kita baru ada jawapan bertulis dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ini satu perbelanjaan yang besar, bagaimana kita menilaikan 'service' Apco ini.

"Kita telah diberikan dengan dua bajet tambahan untuk tahun 2010 dalam tempoh yang sangat pendek, tadi Menteri Kewangan Kedua marah apabila kita tanya apakah kadar defisit belanjawan kita untuk tahun ini dan kerajaan tidak boleh memberikan maklumat tersebut," kata Tian pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Dalam pada itu, Tian juga mempersoalkan kenapa kerajaan melantik perunding asing sedangkan banyak lagi perunding tempatan tanpa perlu menggadaikan keselamatan negara.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009