AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, April 5, 2010

APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini


KUALA LUMPUR, 5 April: Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.

APCO adalah juga syarikat perhubungan awam yang berpengkalan di Amerika dilaporkan turut terlibat memberikan perkhidmatan yang sama kepada Israel.

Beberapa bekas pegawai khidmat rahsia tentera Zionis Israel juga berada dalam lembaga penasihat APCO.

"Kami telah berulang kali memohon agar Perdana Menteri mengkaji balik hubungan ini, namun beliau menolaknya bahkan mempertahankan APCO," kata Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Bagi Mahfuz, hubungan antara kerajaan Malaysia dan APCO ini sangat bahaya kepada kepentingan negara kerana khidmat ini akan mendedahkan maklumat sulit negara kepada syarikat asing yang ada kepentingan dengan Israel.

Ia amat sensitif kepada umat Islam bahkan juga seluruh rakyat negara ini, katanya.

APCO sudah dua kali menafikan perkara ini dan antaranya didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Namun, akhbar Strait Times Singapura mengesahkan wujudnya perjanjian antara APCO dengan Israel ini.

Dalam ucapannya, Anwar mendakwa, APCO diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong iaitu rakan kongsi syarikat Ethos Consulting, kepada Najib. Omar Mustapha pula adalah rakan karib Khairy semenjak Datuk Seri Abdullah masih menjadi Perdana Menteri.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009