AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 29, 2010

Syarikat Kroni Dapat Projek Penswastaan Makmal Patologi?


KUALA LUMPUR 29 Mac- Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung syarikat RM2, Akar Mulia Sdn Bhd yang didakwa dianugerahkan projek penswastaan makmal patologi disemua hospital kerajaan.

Menurut Salahuddin syarikat tersebut ditubuhkan secara segera dengan tujuan untuk membida tender penswastaan daripada Kementerian Kesihatan.

"Syarikat RM2, Akar Mulia Sdn Bhd telah dianugerahkan projek itu selepas dua kali kementerian bermesyuarat, apakah kredibiliti dan keupayaan syarikat tersebut dan kenapa makmal tersebut hendak diswastakan? Malah syarikat tersebut telah menyertai satu mesyuarat rasmi di kementerian pada 17 Julai tahun lalu," jelas beliau.

Salahuddin menambah syarikat tersebut sekali lagi mengadakan perbincangan eksklusif dengan pihak kementerian pada 25 Mac lalu ini supaya langkah penswastaan itu direalisasikan.

"Saya meminta kementerian menjelaskan kaedah perlantikan syarikat RM2 tersebut, samada menggunakan kaedah rundingan terus atau sebaliknya," kata Salahuddin.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009