AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 9, 2010

SPRM digesa pantau gejala 'lompat parti'


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya memantau gejala 'lompat parti' sama ada ia melibat gejala rasuah dan suapan politik. Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Rakyat Integriti dan anti Korupsi (GERAK) yang bimbang dengan fenomena tersebut. "GERAK melihat fenomena ini semakin membimbangkan, seolah-olah mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi khususnya dan rakyat amnya terhadap amalan sistem demokrasi berperlembagaan Negara. "Lebih membimbangkan lagi jika fenomena tersebut melibatkan gejala rasuah dan suapan politik bernilai jutaan ringgit bertujuan membeli ahli parlimen (MP) berkenaan," kata GERAK dalam satu kenyataan hari ini. Selain menggesa SPRM memantau gejala 'lompat parti' secara rapat, GERAK juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk bekerjasama dan mengajukan bukti tersebut kepada pihak berkuasa. "Kerajaan sewajarnya mencontohi negara seperti India di mana ahli Parlimen yang 'lompat parti' secara automatiknya akan hilang kelayakan dan jawatan sebagai yang berhormat bagi memelihara prinsip demokrasi. "GERAK juga menyeru agar MP Malaysia lebih berintegriti dan amanah terhadap tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat dan negara. "Contohilah amalan Khalifah Umar al-Khattab yang sentiasa berfikir dan bekerja untuk mengenyangkan perut rakyat," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009