Arkib Blog

Thursday, March 18, 2010

SPR bincang bajet pilihanraya Sarawak

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya sudah bermesyuarat membincangkan persediaan untuk mengendalikan pilihan raya negeri Sarawak termasuklah persediaan bajet.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam satu sesi dialog bersama media memberitahu, antara keperluan penting di negeri itu ialah keperluan logistik seperti penyewaan perahu, perahu berenjin, helikopter dan kemudahan saluran mengundi.

"Memandangkan umum maklum Sarawak akan menghadapi pilihan raya negeri, maka kita sentiasa berhati-hati kemungkinan ia diadakan lebih awal (tahun ini) dari mandat berakhir (Jun 2011)," katanya semasa sesi dialog pada majlis minum petang SPR bersama media di Putrajaya.

Kali terakhir pilihanraya di negeri Sarawak diadakan ialah pertengahan tahun 2006 yang menyaksikan BN kehilangan Sembilan kerusi Dun, sesuatu yang membanggakan bagi pihak pembangkang.

Pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR, SNAP dan PAS ketika itu dikenali sebagai Barusan Pembangkang Bersatu Sarawak.

Walaupun ketika itu, Tsunami Politik belum melanda seluruh negara, tetapi pembangkang terutamanya PKR berjaya memenangi Dun Padungan melalui Pensihat PKR Sarawak, Ng Kim Ho.

Situasi itu sekaligus memberi tamparan hebat buat pimpinan Umno terutamanya Hishamuddin Hussin dan mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang walaupun kedua-duanya berasal dari semenanjung menghasut rakyat di negeri itu agar menolak pembangkang dari semenanjung.

Turut mencatatkan kemenangan moral ialah parti PAS yang hanya bertanding satu kerusi Dun di Beting Maro hampir-hampir menumbangkan bekas exco kerajaan negeri Bolhassan Di apabila berjaya mengurangkan undi BN kurang dari 1,000 undi, sesuatu yang mengejutkan BN di negeri itu.

Sehubungan itu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008, Pengerusi BN, Najib Razak semasa berkempen dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, satu-satunya kerusi yang ditandingi PAS di Sarawak mengarahkan seluruh jentera termasuk exco kerajaan negeri berkampung bagi memastikan parti itu hilang wang pertaruhan.

Namun, PAS melalui calonnya yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni bukan sahaja berjaya menaikan jumlah undi berbanding sebelumnya tetapi turut mencatatkan pertambahan undi menerusi kaum Iban.

Turut mencatatkan kemenangan luar biasa ialah DAP apabila menumbangkan beberapa menteri dan exco kerajaan negeri yang sehingga kini BN masih lagi mencari formula bagaimana untuk meraih sokongn dari kaum Cina yang semakin menjauhi BN di negeri itu.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009