AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 23, 2010

Royalti Minyak: Terengganu Terima Royalti, Bukan Wang Ehsan


Sidang Dewan Rakyat semalam gempar apabila cubaan pemerintah menyelewengkan fakta bagi menafikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dibongkar Parti Keadilan Rakyat.

Hari ini, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak cuba menutup penyaluran wang royalti kepada negeri Terengganu sebagai wang ehsan.

Speaker Parlimen akur dengan gesaan Pakatan Rakyat supaya dokumen-dokumen yang menyebut secara jelas pemerintah memberi royalti minyak kepada Terengganu dibawa kepada pengetahuan umum.

Semantara itu, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein terpaksa menafikan wujudnya pergeseran antara pihaknya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Dalam satu temubual bersama Mingguan Malaysia baru-baru ini, Musa dilaporkan berkata ada pihak ketiga yang mencampuri urustadbir polis dan memberi arahan secara terus kepada pegawai-pegawai bawahannya.

Hishamuddin berkata KDN tidak tahu-tahu menahu akan hal ini malah KPN tidak pernah membangkitkan masalah ini dalam pertemuan sebelum ini.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook mengesyaki adanya masalah antara Hishamuddin dan Musa kerana KPN terpaksa menggunakan saluran media untuk meluahkan perasaan.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009