AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 4, 2010

Rais Lupa Sejarah Pernah Khianati Umno


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terhadap KEADILAN dilihat tidak bermoral dan lupa diri berikutan beliau sendiri pernah mengkhianati Umno seketika dulu.

Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata tindakan lupa diri dan berpaling tadah Rais menunjukkan usia tua membuatkan beliau lupa sejarah di mana beliau sendiri pernah keluar parti Semangat 46 dan menyertai semula Umno.

"Cara Rais campur tangan sangat tidak bermoral kerana parti dia sendiri tidak mampu dijaga tetapi cuba mengapi-apikan keadaan akibat khianat dan busuk hatinya terhadap KEADILAN yang
sentiasa menghantui Umno.

"Saya pasti kekuatan pemimpin KEADILAN yang masih ada akan terus kehadapan tanpa ketiadaan pengecut-pengecut yang tiada harga diri serta mampu dibeli untuk turut serta meneruskan kezaliman bersama Umno," katanya.

Beliau berkata perkara lompat parti adalah perkara biasa yang sering berlaku dalam mana-mana parti termasuk Barisan Nasional.

"Keluar masuk parti adalah perkara biasa tetapi Rais dan Umno sengaja buatkan perkara lompat parti itu menjadi isu yang kononnya dapat menggugat KEADILAN tetapi sebenarnya perkara itu tidak memberi sebarang kesan atau menyekat kemaraan KEADILAN," tegasnya.

Abdullah Sani menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Rais menunjukkan beliau seorang yang lupa diri dan tidak bermoral serta nyanyuk menjadikan beliau terus dibenci rakyat.

"Kita sekarang berdepan ekonomi yang tenat menyebabkan kewangan negara berkurangan dan merunsingkan tetapi BN langsung tidak pentingkan perkara itu dan sengaja pula mencari masalah menyerang KEADILAN tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan.

"Tanpa ahli yang telah lompat parti KEADILAN terus bergerak mengotakan dasar-dasar yang dijanjikan bukan seperti dasar BN yang sentiasa gagal melakukan sebarang perubahan dan hanya menimbulkan masalah," katanya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009