AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 19, 2010

Parlimen UK Desak Henti Tekanan Terhadap Anwar


LONDON 18 MAC: Ahli-ahli Parlimen United Kingdom mengemukakan usul mendesak kerajaan Malaysia menghentikan tindakan menekan pihak pembangkang di negara ini dengan cara menggunakan mahkamah dan instrumen keselamatan lain.

Sehubungan itu, mereka mahu pertuduhan yang tidak mengikut peraturan dan piawaian keadilan antarabangsa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Dalam usul awal yang dibentangkan oleh Jeremy corbyn dan ditandatangani 15 wakil rakyat Britain lain, Anwar dianggap sebagai pejuang demokrasi di Malaysia dan aktivis keamanan di kalangan dunia Islam dan Barat.

Beliau berkata, ahli-ahli parlimen Britain amat gusar terhadap pertuduhan terhadap Anwar yang tidak mengikut amalan keadilan antarabangsa.

Ini, kata beliau mengingatkan dunia pada kes pertuduhan pertama terhadap anwar pada 1998 yang dikecam hebat oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Corbyn berkata, ahli-ahli parlimen United Kingdom juga membuat desakan itu setelah mengambil kira gesaan sama yang dibuat Amnesty Antarabangsa dan Pemerhati Hak Asasi Manusia serta pemimpin terkemuka Komanwel.

Sebelum ini, pemimpin Kanada, Paul Martin dan ahli parlimen Australia serta 59 wakil rakyat lain negara itu mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Mereka juga mahu kerajaan Malaysia menghentikan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas pihak pembangkang.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009