AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 23, 2010

Pakatan beri Najib seminggu jelaskan 'royalti'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh tujuh hari untuk membuktikan bahawa dia cuba menyelewengkan Dewan Rakyat berhubung isu pembayaran royalti minyak.

Wakil Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata, Dewan dikelirukan pada 4 November tahun lalu apabila Perdana Menteri menjelaskan isu royalti itu dengan menggunakan perkataan 'wang ehsan.'

"Jawapan yang diberi itu, bayaran itu adalah wang ehsan, ini bertentangan dengan surat yang dialamatkan kepada negeri Tererngganu, yang menunjukkan wang itu adalah wang royalti bukannya wang ehsan.

"Pada ketika itu, Perdana Menteri telah menjawab di dalam dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa Kelantan termasuk Terengganu yang kawasan minyaknya terletak di luar pantai atau offshore tidak layak mendapat bayaran royalti dan dengan itu beliau menyatakan bahawa meskipun peruntukan itu jelas, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan wang ehsan ke Terengganu dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar negeri tersebut," katanya.

Salahuddin berkata, jawapan Perdana Menteri itu dilihat bertentangan dengan kandungan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Petronas pada 16 September 1978 yang dialamatkan kepada Datuk Setiawangsa Pegawai Kewangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu mengenai anggaran pembayaran royalti minyak petroleum.

"Adakah jawapan yang diberikan Perdana Menteri dalam dewan yang mulia ini yang mengatakan itu adalah wang ehsan sama sekali bertentangan dengan surat yang dialamatkan dan dihantar Petronas yang jelas menunjukkan fakta wang itu dibayar dengan wang royalti bukannya wang ehsan," katanya.

"Oleh kerana perdana menteri tidak ada di sini, kita beri tempoh satu minggu untuk jelaskan," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga meminta tempoh seminggu untuk meneliti segala dokumen dan fakta yang dikemukakan itu.

Katanya, beliau mahu melihat dulu dokumen tersebut kerana kurang jelas terhadap isu yang dibawa pembangkang.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini, saya kurang jelas soal latar belakang, saya belum lihat semua dokumen, saya minta beri peluang saya satu minggu untuk melihat semua dokumen ini," katanya.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009