AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 3, 2010

Mahkamah Tetapkan 11 Mei Dengar Kes Gugur Saman KPN


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Ketua Polis Negara itu memfailkan saman terhadap Anwar selepas dikaitkan kepada insiden "mata lebam" 1998.

Pada 1 Julai 2008, Anwar memfailkan laporan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana merekacipta bukti dan menyembunyikan fakta dalam siasatan ke atas serangan terhadapnya oleh KPN pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Musa menafikan dakwaan ini dan menuntut bayaran ganti rugi, pampasan tauladan serta injunksi mahkamah menghalang Anwar dari membangkitkan isu ini di masa hadapan.

Peguam Sankara Nair berkata pendengaran akan dibuat di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009