AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 17, 2010

Kit Siang: Rombak "Standing Order"


KUALA LUMPUR 17 Mac - Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat atau "Parlimentary Standing Order perlu dirombak keseluruhannya bagi mengembalikan kemuliaan Dewan dan memastikan hak-hak Ahli Parlimen di pelihara dan dihormati sentiasa.

Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata perubahan drastik kepada Peraturan Mesyuarat Dewan amat perlu bagi memastikan prinsip pemisahan kuasa dilaksanakan.

"Badan eksekutif perlu mematuhi Parlimen bukan sebaliknya. Oleh kerana itu kerana perlukan perbuhan besar kepada Peraturan Mesyuarat," kata beliau pada sidang media ekoran keputusan

Speaker menolak untuk membahaskan usul berhubung tindakan pihak polis yang dikatakan menghalang lalul lintas keluar masuk Parlimen.

Dalam hujahnya di Dewan Kit Siang terdapat dua contoh di mana usul membincangkan perkara yang sama telah dikemukakan masing-masing pada 6 November 1974 dan 13 Mac 1984.

Walau bagaimanapun kedua-dua usul tersebut telah diluluskan anggota Dewan tanpa sebarang perbahasan.

Alasan ini telah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menolak usul yang sama di bawa oleh Ketua Parlimen DAP itu bahawa ia telah menjadi konvensyen.

"Saya tidak boleh bertindak sebagai mahkamah rayuan dan menyemak semula keputusan yang dibuat semalam oleh Speaker," kata Wan Junaidi.

Kit Siang bangun menyanggah keputusan Timbalan Speaker tersebut dengan berkata walaupun usul tersebut tidak dibahas sebanyak dua kali`sebelum ini.

"Usul ini jarang dibahas tetapi ia tidak bermakna ia tidak boleh dibahaskan. Apa penyelesaian kepada masalahnya sekiranya anggota Dewan tidak bersetuju dengan keputusan Speaker berkaitan Peraturan 43?," tanya beliau.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran berkata "Standing Order" perlu disemak semula kerana menafikan perbahasan anggota Parlimen bermakna hak mereka untuk menyuarakan pendapat mengenai sesuatu usul yang berkepentingan awam dinafikan.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009