AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 9, 2010

Kenyataan Ahmad Husni Cermin Pemikiran Lapuk UMNO


SHAH ALAM 9 Mac - Kenyataan Menteri Kewangan ke-2, Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah yang berbaur perkauman baru-baru ini menggambarkan pemikiran sebenar pemimpin Umno BN yang masih terperangkap dengan amalan politik lapuk.

Slogan 1Malaysia dan pengenalan kepada model ekonomi baru disifatkan hanya sebagai retorik bagi mengaburi mata rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ahmad Husni baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman berbunyi "Kalau orang Cina di Pulau Pinang buli kita, kita lawan balik orang Cina', dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang, Jumaat lalu.

Beliau semalam dilaporkan menafikan membuat kenyataan itu, namun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa mempunyai bukti rakaman ucapan tersebut.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, kenyataan tersebut tidak seharusnya keluar dari seorang menteri kanan seperti Ahmad Husni yang nyata bertentangan sama sekali dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan dan perlaksanaan Model ekonomi baru yang dikatakan memberikan hak kepada semua kaum.

Menurut Yusmadi, kenyataan Ahmad Husni itu mencerminkan sikap dan pemikiran sebenar pemimpin Umno.

"Ini adalah satu kenyataan yang mmeberi gambaran sebenar politik Umno dan BN apatah lagi ia dikeluarkan oleh seorang menteri kanan, di kala beliau berbicara tentang
model ekonomi baru yang mengambil kira kesaksamaan kaum.

"Kita persoalkan keikhlasan kerajaan dalam ketengahkan model ekonomi baru ini sedangkan kenyataan pemimpinnya tidak langsung menggambarkan pendirian kerajaan dan menyerlahkan pemikiran sebenar menteri Kewangan tersebut,".

"Saya ingin jelaskan kepada rakan berketurunan Cina dan India bahwa dasar ekonomi baru yang dimaksudkan kerajaan masih terperangkap dengan politik sempit perkauman Umno-BN,"ujarnya.

Beliau turut mengulas beberapa kenyataan bersifat perkauman yang dikeluarkan pemimpin Umno termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berselindung di sebalik nama pertubuhan melayu seperti Pertubuhan Peribumi Perkasa.

"Kenyataan-kenyataan perkauman seperti ini menggambarkan politik kebencian yang diamalkan Umno-BN yang tunjukkan mereka masih lagi dalam rangka pemikiran lama. Saya menggesa Perdana Menteri supaya mengambil tindakan tegas terhadap Ahmad Husni,"tegas beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009