AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 29, 2010

'Jangan usik Hari Malaysia'

Cadangan pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M), Chandra Muzaffar pada Rabu lalu agar Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept setiap tahun digantikan dengan Hari Perpaduan Nasional mendapat reaksi negatif, khususnya di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Antara yang lantang menentang cadangan itu ialah naib presiden PKR, Jeffrey Gapari Kitingan yang mempersoalkan kewajaran dan kebijaksanaan cadangan itu.

Beliau seterusnya mempersoalkan isu hak rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menimbulkan kuasa autonomi, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia.

"Selepas sekian lama berjuang dan bersusah-payah bagi mendapatkan pengiktirafan dariapada kerajaan persekutuan untuk hari Malaysia, mengapa harus kita korbankan semua itu untuk kepentingan pihak lain,” persoal Jeffrey yang juga adalah bekasa tahanan ISA.

"Perpaduan nasional
harus bermula dengan politik yang menyatukan semua sebagai rakyat. Ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengketepikan sejarah dan realiti politik.”

Hari Malaysia, menurut Jeffrey adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang mengikrarkan hak Sabah dan sarawak, termasuk kuasa autonomi menerusi Perkara 20.

"Setiap Hari Malaysia, adalah peluang sekali dalam setiap tahun bagi menilai semula kebaikan dan keburukan keputusan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia,” tegasnya.

Beliau membidas Chandra yang mengemukakan cadangan itu yang didakwanya bertujuan menyelamatkan Umno daripada malu besar kerana membantu British mengheret Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia yang disifatkannya sebagai idea yang buruk.

“Maka tidak hairanlah, ketika itu Presiden Sukarno dari Indonesia menentang Malaysia kerana ia bentuk penjajahan baru terhadap Sabah dan Sarawak?”

Sumber: Malaysiakini

1 comments:

kitakita on April 14, 2010 at 3:03 PM said...

Sebenarnya cadangan ini ialah untuk menjimatkan kos kerana kita sudah mempunyai perancangan untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri dan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri yang kita sambut setiap tahun. Walaupun ianya mendapat reaksi negatif, khususnya di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak. Oleh itu janganlah mempersoalkan isu hak rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menimbulkan kuasa autonomi, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia.
Perkara-perkara ini hanya boleh diselesaikan dengan adanya perbincangan diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009