AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 3, 2010

Gugur Saman Manoharan Campur Tangan Politik


KUALA LUMPUR 3 MAC - Mahkamah Tinggi hari ini mengugurkan saman fitnah sebanyak RM100 juta yang difailkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M. Manoharan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan pengganas.

Manakala tiga pihak lain ialah The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof yang mendengar perbicaraan hari ini menolak permohonan itu setelah mendengar hujah daripada semua pihak dikamarnya.

Manoharan yang bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi Pertubuhan Barisan Hak Hindu (Hindraf) yang telah diharamkan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menfailkan saman itu pada 11 September tahun lalu.

Beliau yang dihubungi Suara Keadilan memberitahu beliau kesal dengan tindakan tersebut dan melihat masih ada pihak lain yang mencampuri urusan keadilan di mahkamah.

"Saya akan terus lawan dan akan memfailkan kes tersebut ke mahkamah rayuan esok. Bagi saya keharmonian untuk kita mencari keadilan akan lenyap jika kes-kes tersebut melibatkan orang yang mempunyai kepentingan di dalam Umno," dakwa beliau.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009