AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 24, 2010

Badut-badut Umno Bikin Kecoh


KUALA LUMPUR 24 Mac - Agak melucukan dan terhibur juga apabila melihatkan telatah badut-badut Umno-BN huru-hara sibuk membuat laporan polis gara-gara “kata-kata hikmat” daripada Zahrain di Parlimen tempoh hari.

Kononnya Zahrain melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan Yang DiPertuan Agung dan Angkatan Tentera Malaysia berhubung perkara 16 September.

Kalau di lihat badut-badut ini sebenarnya orang-orang profesional tapi atas sebab-sebab kondisi politik Umno-BN yang agak kritikal, maka badut-badut ini bertindak sebagai anak-anak tadika yang keriangan mendapat makanan percuma.

Tidakkah mereka terfikir bahawasanya tuduhan Zahrain lebih berbentuk sebagai 'hearsay evidence', tiada hitam di atas putih, atau lebih tepat lagi dalam bahasa perundangan, 'NO HARD EVIDENCE'.

Bukankah ini membebankan anggota polis untuk buat suatu siasatan yang ternyata kurang intelek ?

Inilah sebab-sebabnya terlalu banyak jenayah penculikan, samun, rompak, curi, bunuh dan bakar gereja sebab polis tidak ada masa mengawal jenayah kerana polis terlalu sibuk jaga politik Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat.

Ternyata Umno-BN semakin 'desperate' sehingga sanggup berkelakuan keanak-anakan demi menyelamatkan Umno-BN yang kini di ambang keberkecaian.

Untuk Umno-BN, mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta melaksanakan jenaka yang kurang bernas dan tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia menganggap apa yang sedang berlaku kini merupakan suatu lawak jenaka yang tidak melucukan tetapi memalukan imej Umno-BN ?

Ibrahim Ali 'yang kekurangan ketinggian' itu juga mengambil kesempatan dalam kesempitan, dengan berlagak seperti 'Hang Celaka' mengamuk macam orang yang kekurangan akal dalam Parlimen.

Menunjukkan lagak yang kononnya bertindak membela, mempamerkan kemarahan dengan melemparkan kertas dengan wajah yang bengis.

Aduh, hebat sekali lakonan Pak Ibrahim ini. Boleh ganti pelakon Ibrahim Pendek.

Pak Ibrahim, sedarlah sedikit, anda pun bertanding di PRU12 yang lepas atas tiket PAS!

Sebab hajat hati nak tanding atas tiket Umno, tak kena layan, makanya PAS bermurah hati menawarkan Pak Ibrahim atas tiket PAS.

Dia sedar atau tidak, yang dia menang itu sebab pengundi memangkah undi kerana PAS dan bukan kerana Pak Ibrahim yang 'melucukan' kerana tidak cukup tinggi tu.

Agaknya kalau Pak Ibrahim pakai lambang sendiri atau BN, tidak tahulah adakah orang mahu mengundi beliau ada tidak? Wallahualam bissawab.

Jika di rasakan oleh Najib bahawa situasi politik semasa tidak stabil, apa kata bubarkan sahaja kerajaan Umno-BN kita dapatkan mandat baru dari rakyat dengan mengadakan pilihan raya umum semula.

Walau macam manapun, kita percaya PM tidak sebegitu tegar untuk berbuat demikian kerana PM kita amat yakin, BN hanya akan tinggal nama selepas itu.

Jadi untuk mengelakkan daripada ianya berlaku, BN akan memainkan agenda-agenda kartun yang tidak bermoral dengan harapan rakyat akan kembali ke pangkuan busuk 'Umngok'.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009