AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 22, 2010

Anwar Diberi 7 Hari Perjelas Dakwaan APCO


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di beri masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding APCO Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mempromosikan konsep 1Malaysia mempunyai persamaan kepada kempen 'Satu Israel' yang dicanangkan Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa Parlimen.

Pakatan Rakyat bagaimanapun berhujah pihak Speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak keatas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang berlaku salah bebas dari sebarang tindakan.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009