AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 22, 2010

6 bilion unit Saham 1Malaysia belum terjual

Sebanyak enam bilion unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) masih boleh dibeli oleh orang ramai, setakat ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata kebanyakan baki saham adalah dari kuota Bumiputera dan India.

Beliau
berkata, sejak pelancarannya Julai lalu, kadar pembelian terpantas adalah di kalangan pelabur Cina. "Hanya sebanyak lapan peratus atau 238 juta unit daripada tiga bilion unit yang dikhaskan untuk masyarakat Cina masih ada," katanya selepas mengumumkan pengagihan Amanah Saham Malaysia (ASM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dana pendapatan ekuiti dapat dijual pada kadar yang pantas di kalangan masyarakat Cina kerana tidak banyak dana ditawarkan oleh PNB kepada bukan Bumiputera.

"Ramai yang masih menanti dividen pertamanya diumumkan. Mereka mahu membandingkan dengan lain-lain dana di bawah PNB, untuk memastikan sama ada pendapatan dari AS1M adalah sama menarik seperti lain-lain amanah saham.

Hamad Kama Piah berkata, golongan Bumiputera lebih selesa melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Didik.
AS1M, dana harga tetap bernilai RM1 seunit, dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan 50 peratus dikhaskan kepada golongan Bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan lima peratus lain-lain bangsa.

Dana ini adalah yang kelima yang dilancarkan oleh PNB selepas ASB, ASM, Amanah Saham Didik dan Amanah Saham Wawasan 2020.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009