AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, March 5, 2010

10 ADUN Pakatan Rakyat Disoalsiasat Polis


PULAU PINANG 5 Mac - Polis memanggil 10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berhubung tuduhan perhimpunan haram dan sambutan Tahun Baru Cina yang dilihat sebagai strategi Umno dan Barisan Nasional menekan kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Antara yang dipanggil termasuk Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman, Ketua Menteri II Dr P.Ramasamy, ADUN Pulau Jerjak Sim Tze Tzin, ADUN Kebun Bunga Jason Ong, ADUN Batu Uban S. Raveentharan, ADUN Komtar Ng Wei Aik, ADUN Permatang Pasir Mohd Salleh Man, ADUN Batu Maung Abdul Malek Abul Kassim dan ADUN Padang Kota Chow Kon Yeow.

Seramai 9 orang pegawai polis dari IPK Pulau Pinang hadir ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Komtar untuk menyoalsiasat ADUN terbabit yang berlangsung selama satu jam.

Sebanyak 13 laporan polis dibuat terhadap 10 ADUN Pakatan Rakyat itu termasuk 12 oleh anggota polis dan satu laporan daripada orang awam.

"Kami mengambil keputusan untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan untuk direkodkan di bawah Seksyen 112 kecuali didakwa di mahkamah".

Dalam pada itu Abdul Malek dan Jason Ong turut disiasat kerana mengadakan program rumah terbuka Tahun Baru Cina yang didakwa sebagai perhimpunan haram.

ADUN Pulau Jerjak, Sim Tze Tzin berkata tindakan polis yang menganggap sambutan Tahun Baru Cina sebagai perhimpunan haram menghina adat resam masyarakat di Malaysia.

"Pada masa yang sama pemimpin MCA juga mengadakan rumah terbuka tapi tidak pula dipanggil atas tuduhan mengadakan perhimpunan haram.

"Ini bukan laporan polis tapi seperti yang disebut di laman 'facebook' Datuk Seri Anwar Ibrahim, polis kini menjadi kuda tunggangan Umno-BN untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang".

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009