AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, February 9, 2010

Krisis MB Perak: Ribuan Di Mahkamah Menunggu Keputusan


Ribuan penyokong yang ditaja oleh Umno Perak dan pengikut setia Pakatan Rakyat membanjiri perkarangan Mahkamah Persekutuan yang akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS yang telah berjanji untuk memohon diadakan pilihanraya umum negeri semula jika di isytiharkan Menteri Besar tiba kira-kira pukul 9 pagi.

Menteri Besar lantikan Umno Zambry Kadir yang enggan membuat sebarang janji sebegitu, tidak hadir namun Umno mengerahkan ratusan orang termasuk remaja belasan tahun ke mahkamah sebagai tanda sokongan untuk beliau.

Mereka memakai baju kuning, sebagai sokongan kepada istana Perak walaupun sebelum ini Umno meminda perlembagaan untuk memintas kuasa- kuasa Sultan.

Panel tiga hakim dijangka menyampaikan keputusan mereka seketika lagi.

Antara lain mereka harus memutuskan sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhak melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan.

Mahkamah juga berdepan dengan soal samaada Sultan boleh menentukan majoriti sesebuah parti dalam Dewan Undangan Negeri tanpa mengadakan sidang dewan untuk mengadakan undi terhadap sesebuah kerajaan negeri.

Puluhan anggota polis dengan trak meriam air berkimia mengawal keselamatan sejak awal pagi.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adalah kemuncak proses keadilan untuk menentukan siapa menteri besar yang sah setelah Umno melancarkan rampasan kuasa tahun lalu untuk menumbangkan Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini dilakukan dengan mengumpan tiga ADUN dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP. 2 daripadanya ADUN Keadilan, Othman Jailu dan Jamaluddin Mohamad Radzi dibelit dengan tuduhan rasuah sebelum dipancing untuk keluar parti dan menjadi ADUN pro-Umno.

Adun Hew Yit Foong dari Jelapang juga melompat keluar dari DAP untuk menyokong Umno setelah mengalami permasalahan dengan pimpinan DAP di Perak. Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng menyifatkan Yit Foong sebagai pembelot kepada rakyat Perak.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009