Ramizah Mazlan, 39 , isteri kepada ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah memohon cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Klang. Ramizah menfailkan permohonan itu pada 4 Februari 2010, di bawah Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang. Keluarga Islam Negeri Selangor. Antara lain, seksyen itu memberi hak kepada isteri untuk menuntut cerai atas beberapa sebab termasuk jika suami tidak siuman selama dua tahun, tidak memberi nafkah lebih dari tiga bulan atau lazim menganiayai isteri. Peguam Ramizan, Norrasyada Osman, enggan menyatakan peruntukan di bawah seksyen itu yang digunapakai oleh anak guamannya. "Pihak plaintif tidak boleh menjelaskan atas dasar apa permohonan tersebut dibuat kerana ia masih dalam perbicaraan tetapi dalam seksyen 53 tersebut terdapat 3 alasan yang kita guna bagi permohonan tersebut," jelasnya. Badrul keluar dari PKR Oktober lalu setelah di minta melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Kelang kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya sejak pilihanraya umum Mac 2008. Badrul enggan bertindak demikian, sebaliknya bertegas untuk terus menjadi wakil rakyat bebas tetapi menyokong Umno. Isnin lalu, Ramizan hadir bersama bersama anak bongsunya di Mahkamah Syariah untuk permohonan fazakh itu. Badrul menerima surat saman dari isterinya pada 12 Februari lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Malik Soleh menetapkan pada 21 April depan bagi Badrul membuat pembelaan terhadap beberapa syarat yang tidak dipersetujui. Perkarangan mahkamah kecoh seketika apabila Badrul memarahi wartawan dan jurufoto kerana mengambil gambarnya. Beliau turut mengancam memanggil polis untuk merampas kamera tersebut. Badrul mempunyai lima anak hasil perkahwinannya dengan Ramizah pada 31 Julai 1993.
Sumber: TVSelangor
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment