AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, January 12, 2010

Skandal PKFZ: Tarikh baru sebut kes OC Phang

Mahkamah Sesyen Klang hari ini menetapkan sebutan kes pecah amanah terhadap bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang didengar pada 26 Mac depan.

Phang berdepan dengan tiga tuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan tarikh tersebut untuk membolehkan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak pembela.

Kes itu disebut hari ini untuk Phang menyerahkan pasportnya kepad mahkamah, selepas ianya ditangguhkan atas permintaannya sebelum ini kerana beliau keluar negeri.

Phang berada dalam mahkamah pada jam 9 pagi, dengan ditemani oleh suaminya.

Sebelum itu, peguamnya, Francis Ng Aik Guan memaklumkan kepada mahkamah bahawa Phang telah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah petang semalam.

Beliau kemudiannya memohon tarikh baru supaya pihak pembela dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan dan membuat permohonan lain jika diperlukan.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009