AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, January 20, 2010

Nizar: PR Boleh Menang Di Perak


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yakin Pakatan Rakyat akan menang sekiranya pilihan raya semula diadakan memandangkan pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak luntur.

Nizar turut mengulangi bahawa krisis yang berlaku di Perak boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Namun beliau tidak menafikan bahawa sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Katanya, ia berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain,"katanya pada sidang median di kediamannya sempena setahun kerajaan Pakatan Rakyat tumbang.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009