AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, January 27, 2010

Kepala Babi di Masjid: Usaha Terdesak Dapatkan Sokongan Orang Melayu, Kata Haniza


ADUN Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan provokasi meletakkan kepala babi di perkarangan dua masjid di Petaling Jaya, Selangor sebagai usaha terdesak pihak tertentu untuk meraih sokongan politik kaum Melayu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan itu didalangi oleh anasir-anasir yang mahukan bangsa sendiri bergaduh dengan kaum lain.

"Kalau difikir logik, babi itu dibungkus elok- elok dalam plastik. Menunjukkan bahawa orang yang letakkan kepala babi itu sendiri takut hendak memegang kepala babi itu. Kalau orang bukan islam, mereka tidak takut untuk pegang kepala babi itu. Ini jelas satu provokasi," tambahnya lagi.

Haniza berkata pihak yang melakukan perbuatan keji itu alpa kepada hakikat kaum Melayu tidak berfikiran jumud dan pandai menilai situasi semasa.

"Ini adalah usaha untuk membangkit kemarahan orang Melayu. Tapi orang Melayu tidak bodoh. Mereka tahu ini adalah provokasi. Ini taktik lama," katanya.

Beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik lapuk yang selalu digunakan apabila pihak tertentu berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu.

Haniza percaya usaha mencemari kesucian masjid hari ini adalah "provokasi" terancang untuk membolehkan pihak berkenaan memenuhi agenda politik sempit mereka.

Namun beliau percaya rakyat, khususnya umat Islam, akan menolak taktik keji itu.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009