AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, January 8, 2010

AMK Kota Raja Mengutuk Tindakan Serangan Ke Atas Gereja

Berikutan serangan ke atas gereja-gereja di sekitar lembah Klang pada hari ini, AMK Kota Raja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang sangat dikecam semua agama serta peradaban. Tindakan keji dan terkutuk itu amat bertentangan dengan ajaran Islam yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

AMK Kota Raja percaya serangan tersebut berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat-menghormati dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.

Suasana kemesraan yang telah lama ini tidak perlu dimusnahkan akibat tindakan segelintir pihak yang cuba mencetuskan konflik antara agama di negara ini.

AMK Kota Raja yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

AMK Kota Raja dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.














Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Kota Raja

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009