Kejadian meletakkan kepala babi di perkarangan 2 buah masjid di Petaling Jaya Selatan mengundang pelbagai spekulasi.
Dua masjid yang dicemari itu ialah Masjid Jumhuriyah di Taman Dato Harun dan Masjid Al- Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa.
Provokasi melampau ini dianggap penghinaan kepada umat Islam.
Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata insiden yang diibaratkan sebagai serangan balas ini amat membimbangkan.
"Saya marah dan khuatir dengan perkembangan terbaru ini. Kita lihat bagaimana serangan melepmarkan satu kehinaan. Seolah- olah mahu mencetus insiden," katanya.
Izzah mengutuk keras perbuatan yang tidak bertangungjawab itu. Beliau mencadangkan badan khas ditubuhkan untuk siasatan kerana insiden ini dikhuatiri ada unsur politik.
"Kita patut wujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan. Isu ini sudah terlampau dipolitikkan. Saya fikir tidak cukup adakan siasatan biasa sahaja," tegasnya.

0 comments:
Post a Comment