AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, December 8, 2009

SPRM Siasat Projek RM6 Juta di Sarawak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah projek pembangunan kerajaan persekutuan bernilai RM6 juta di Sarawak yang disyaki berlaku penyelewengan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed bagaimanapun enggan menyatakan secara terperinci jumlah, jenis dan lokasi projek itu memandangkan proses siasatan sedang dijalankan.

"Saya telah diberikan taklimat, saya dapati penyiasatan hanya bertumpu pada satu projek bernilai RM6 juta, setakat ini, kita masih siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan konvensyen jawatankuasa keutuhan pengurusan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching hari ini.

Abu Kassim berkata tumpuan siasatan ialah kepada pegawai kerajaan dan kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut secara langsung.

Pengarah SPRM Sarawak Samsiah Abu Bakar yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata agak sukar untuk menyatakan bila siasatan akan selesai kerana memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh.

Sebelum ini Samsiah dipetik berkata setakat ini 17 orang antaranya kontraktor dan sembilan pegawai kerajaan telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, Abu Kassim berkata, mana-mana pihak yang memberi cadangan untuk menambahbaik SPRM perlu menggunakan saluran yang betul supaya tindakan susulan dapat diambil.

Beliau berkata, saluran yang betul ialah dengan mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan yang menjadi pembuat dasar bagi sesuatu badan dan agensi kerajaan di negara ini.

"Kita (SPRM) hanya pelaksana undang-undang dan bukan pembuat dasar," katanya, mengulas saranan Pemuda Gerakan Kedah semalam yang mahu SPRM mengumumkan hasil siasatan kes yang tidak didakwa di mahkamah bagi mengelakkan spekulasi.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata tindakan tersebut akan membuktikan SPRM telus dan menepis segala persepsi negatif yang kini menjejas imej SPRM.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009