AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, December 14, 2009

SPRM hendaklah profesional dan siasat Setpol PM - Salahudin


KOTA BHARU, 14 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah profesional dalam menjalankan tugasnya, bahkan bertindak mengikut apa yang dilaporkan kepadanya termasuk laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai dakwaan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shafei Abdullah.

Ini kerana Parlimen Malaysia sendiri telah pun menerima usul yang dikemukakan Wee.

"Kita mengharapkan supaya SPRM sentiasa bertindak profesional dan dapat bertindak mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak YB Wee Choo Keong dan usul beliau telah diterima oleh Parlimen, " kata anggota Jawatankuasa SPRN, Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2009 di Nilam Puri dekat sini semalam, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada hematnya apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju itu telah mendapat perhatian Parlimen Malaysia.

"Dan Parlimen telah pun bersetuju untuk menerima usul daripada beliau dan perkara itu akan dilaporkan kepada SPRM," katanya.

Wee dalam ucapannya di Parlimen semasa mengambil bahagian pada sesi perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bajet 2010 dan sekaligus membahas mengenai Maksud Bekalan 32, Butiran 01000 Pengurusan Kemajuan dan Pembangunan Wilayah Persekutuan dan 060000 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini berkata tugas-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri, menjaga kepentingan politik kerana dipercayai mereka sibuk degan tugas masing-masing, sebab itulah diwujudkan jawatan itu.

"Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai settiausaha politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL.

"Dan apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun Menteri?

"Seperti kacauganggu ataupun campurtangan Setiauasaha Politik Perdana Menteri, Mr Political Toll, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan DBKL untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti yang saya sebutkan sebelum ini," katanya.

Salahuddin mengulas ucapan tahniah diberikan kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu di atas pendedahannya mengenai dakwaan membabitkan salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri serta laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan yang dikemukakan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Beliau turut mengulas dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat dengan dengan itu mencadangkan supaya dihapuskan kerana suah jauh menyeleweng daripada matlamat asalnya, manakala bekas Pengarah BTN Terengganu Rosli Abdullah pula mendakwa bahawa BTN yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangasa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

"Modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas 1998 lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada parti pemerintah itu, dan pada masa sama, peserta kursus juga diajar memusuhi pemimpin parti pembangkan khususnya ulama dalam PAS serta lebih bersifat perkauman," dakwanya.

Salahuddin berkata beliau sendiri mempertegaskan perkara itu dalam Perlimen bahawa BTN perlu direview, perlu dilihat semula tentang modul-modulnya.

"Dan saya telah memberikan keyakinan bahawa PAS (dan saya sendiri) bersedia memberi komitmen kita ke arah membina modul yang lebih bertanggungjawab kepada negara dan rakyat.

"Kalau modul itu benar-benar bersifat kenegaraan, bersifat untuk mendidik masyarakat tentang negara, menanam dalam jiwa pegawai kerajaan tentang ketatanegaraan, itu kita boleh bersetuju asalkan kita tidak lagi menggunakan modul yang sedia ada yang lebih bersifat perkauman dan merupakan lebih kepada indoktrinasi politik tertentu dalam pemikiran pegawai kerajaan," katanya.

Mengenai adakah BTN boleh diperkasakan dengan adanya Jawatankuasa Pemandu terhadap pelaksanaan (prograsm) BTN itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya bersedia untuk terbabit sama.

"Kita bersedia untuk memberikan komitment kita. PAS boleh menghantar wakil, DAP boleh menghantar wakil, PKR boleh menghantar wakil.

"Semua pihak boleh menghantar wakil untuk kita membina satu modul yang lebih bertanggungjawab untuk negara, itu tidak ada masalah," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru mengenai isu BTN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak termasuk menteri kabinetnya tidak lagi memanjangkan polemik berkaitan Biro Tata Negara (BTN).

Ini kerana beliau sendiri akan menilai dan memutuskan modul itu kelak dan kemungkinan modul BTN perlu diubah supaya bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009