AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, December 14, 2009

Mb: Kerajaan Negeri Berhak Tentu Tarikh PRU


Kerajaan Negeri bakal mempertimbangkan untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum negeri ini sekiranya Kerajaan Persekutuan bercadang melaksanakan PRU dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan segala perancangan yang direncana kerajaan Pakatan Rakyat dapat dijayakan.

“Ya memang itu dibuat dalam perlembagaan, bagaimanapun masanya serupa tidak lebih daripada 5 tahun. Katalah kerajaan persekutuandalam tiga tahun hendak membuat pilihanraya jadi pada pandangan kerajaan negeri tiga tahun terlalu singkat masanya untuk membubarkan Dewan Selangor untuk pilihan raya,” katanya ketika di temubual TV Selangor.

Bagaimanapun beliau berkata, Menteri Besar perlu mendapatkan perkenan daripada sultan.

Katanya, Selangor tidak perlu khuatir dengan sebarang tindakan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009