AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, December 8, 2009

Laporan EIA projek air bawah tanah meragukan


KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) mendakwa Kajian Penilaian Kesan (EIA-Environment Impact Assessment) bagi cadangan projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak tidak meyakinkan.

Siti Mariah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, perkara ini berdasarkan satu laporan daripada Persatuan Pengguna terdiri daripada FOMCA dan lain-lain yang mengatakan bahawa kajian EIA itu lebih merupakan kuantitatif dan satu model simulasi tidak dilakukan.

Kajian EIA itu juga tidak menerangkan kuantiti aliran masuk dan keluar.

Sedangkan Kementerian memaklumkan pengekstrakkan air itu dapat menghasilkan 500 juta liter air.

“Saya hairan kenapa baru sekarang syarikat Sime Darby hendak buat eksplorasi di mana nak digali dan sebagainya,”

“Adakah ini satu kebiasaan dan bagaimana hanya boleh meluluskan laporan EIA yang awal itu sedangkan kontraknya telah ditandatangi oleh kerajaan negeri Perak,”soalnya.

Sebelum itu beliau meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak.

Datuk Bernard S. Maraat (BN Pensiangan) dalamjawapannya memberitahu pengusaha hasilan sumber asli termasuk sumber air tanah adalah di bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Kajian EIA bagi projek berkenaan merupakan sebahagian daripada syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Perak terhadap pihak Sime Darby Berhad sebelum apa-apa kerja eksplorasi atau penggerudian dijalankan.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009