AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, December 18, 2009

Edar Risalah Memorandum Di Masjid Negeri Shah Alam, Dua Ditahan


Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam hari ini menyaksikan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung perimeter masjid.

Polis dikerah ke bangunan suci ini bagi membendung tindakan Angkatan Muda Keadilan mengedar risalah memorandum, sejurus selepas solat.

Dipercayai risalah tersebut diedar bagi mendesak Mahkamah Syariah lebih telus dan bebas daripada campurtangan pihak pemerintah.

Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan Exconya, Azizi Ahmad ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk disoal-siasat. TV Selangor difahamkan mereka akan direman dan disiasat dibawah Akta Mesin Cetak kerana mengedarkan risalah tanpa permit.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009