AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, December 11, 2009

AMK: Mahkamah Syariah turut bicara kes Anwar

Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.

Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.

Shamsul membidas menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009