AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 16, 2009

Selangor Senaraihitam Syarikat Pemaju Projek Terbengkalai


Kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitam syarikat-syarikat pemaju di Selangor yang dikenalpasti terlibat dalam projek terbengkalai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ini berikutan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa bagi melantik syarikat baru bagi memulihkan projek terbengkalai itu.

Kerjasama akan dilakukan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi mengenal pasti syarikat yang terlibat.

"Walaubagaimanapun kerajaan negeri telah mengedarkan nama-nama pengarah yang telah disenarihitamkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan,"Katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafie pada hari keenam Sidang Dewan Negeri, hari ini.

Menurut Iskandar sebanyak lapan projek terbengkalai sudah dikenal pasti yang mampu diselesaikan kerajaan negeri pada 2009 dan 2010.

Antara projek terbengkalai yang sedang dan dalam usaha kerajaan negeri selesaikan adalah projek Ukay Bestari, projek Perumahan Spring Ville Ulu Klang, Cadangan Membina Rumah Teres Di Bandar Saujana Putra, dan beberapa projek yang lain.

Sehubungan itu , kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menangani pembangunan projek terbengkalai ini.

Di samping itu, menurut Iskandar, kerajaan negeri juga telah mengemukakan syarikat yang disenariahitam itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pemaju yang terlibat tidak diberikan lesen pemajuan sekiranya ingin membangunkan projek perumahan di kawasan lain.

Sumber: TVSelangor.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009