AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, November 20, 2009

Rotary International Sumbang 60,000 Kamus Untuk Pelajar Di Selangor



Sebanyak 60,000 buah kamus disumbangkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Rotary International kepada pelajar sekolah rendah sekitar Selangor.

Bagaimanapun sumbangan berkenaan tidak disalurkan secara terus kepada pelajar sebaliknya ia hanya akan disalurkan melalui NGO-NGO lain seperti Jabatan Kerja Kemajuan Sekolah-sekolah Rendah Cina Petaling, Tamil Foundation ,Edu-cation Welfare and Research Foundation (EWRF) dan Child Information Learning and Development Centre (Child).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Kiew berkata, pelajar yang berminat untuk mendapatkan kamus berkenaan secara percuma dikehandaki mengarang cerita pendek sebagai galakaan dan dorong kepada meereka untuk menguasai sesuatu bahasa

"Dan hanya satu syarat diberikan kepada pelajar yang memerlukan kamus ini secara percuma iaitu pelajar terbabit perlulah menulis satu karangan pendek “ Mengapa mereka memerlukan senaskah kamus” melalui pendekatan ini pihak Rotary International dan kerajaan negeri dapat mengetahui sejauh mana pencapaian tahap bahasa, dan sejauh mana level yang mereka boleh capai,"katanya.

Ronnie Liu berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada badan-badan NGO yang hadir menerima sumbangan tersebut, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri menyambut baik usaha sama yang diberi Rotary International dalam usaha merealisasikan kerajaan prihatin yang diperjuangkan Kerajaan Selangor.

Katanya kedua-dua pihak turut berharap pendekatan yang dilakukan dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan memartabatkan bahasa di kalangan pelajar.

"Apa yang kita harapkan adalah usaha ini dapat memupuk satu semangat ataupun kesedaran dikalangan murid-murid sekolah rendah bahawa pentingnya bahasa walau sejauh manapun mereka akan pergi dan walau apa pun mereka akan jadi kelak bahasa adalah satu kepentingan,jelasnya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009